Ape bendanya SMART Tunnel? Motif?
SMART adalah singkatan untuk "Stormwater Management and Road Tunnel" ataupun dalam bahasa melayunya "Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir" merupakan struktur jalan dan perparitan yang ada kat Kuala Lumpur. Objektif utama projek ini adalah untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya dan banjir yang seringkali terjadi di Kuala Lumpur.
Bila start? Bila siap? Bila boleh guna?
Projek ini dimulakan pada November 2003 dan telah siap pada tahun 2007. Terowong ni dibuka kepada lalulintas pada 14 Mei 2007 manakala dibuka untuk laluan air pada penghujung Januari 2007.
Dalang disebalik pembinaan SMART Tunnel
SMART merupakan projek kerajaan Malaysia di mana kerajaan telah melantik Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS)dan Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) untuk melaksanakan projek mega ini. Projek ini juga melibatkan usaha sama syarikat Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad(MMC).
Kos pembinaan? Panjang berape? Lebar mane?
Laporan menyatakan kos untuk pembinaan terowong ini adalah sebanyak RM1.9b. Terowong ini dibina sepanjang 9.7 kilometerm dan berukuran diameter 13.2m. Walaupun panjang terowong ini 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer
Kat mane terowong SMART nih?
Terowong ni bermula di tasik Kampung Berembang berhampiran Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berhampiran Sungai Kerayong di Salak Selatan.
Kelebihan terowong SMART?

![]() |
Lokasi terowong SMART |
Kelebihan terowong SMART?
Sistem SMART dapat mengalihkan air banjir dalam jumlah yang besar melalui kolam induk, melepasi terowong dan takungan simpanan. Ini akan mengurangkan tahap banjir di Jalan Tun Perak untuk mengelakkan limpahan. Selain itu, terowong ini juga dibina untuk mengurangkan kesesakan yang sering melanda di gerbang utama selatan ke pusat bandar.
![]() |
2 tingkat untuk kegunaan lalulintas manakala tingkat bawah untuk pengaliran air banjir |
Ape yang unik sangat projek ni?
Terowong ini merupakan terowong pertama di dunia yang bukan hanya untuk mengalirkan air banjir ke kawasan tadahan, malah 2 tingkat laluan untuk kegunaan lalulintas yang dapat mengurangkan kesesekan di jalan-jalan utama di ibu kota. Ia merupakan terowong air banjir pertama di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Terowong ini merupakan terowong terpanjang di Malaysia.
No comments:
Post a Comment